...

Silibus Pembelajaran

Skema Mata Pelajaran

Skima matapelajaran yang diajar kepada para pelatih adalah mengikut skima yang telah ditetapkan oleh a mengajar bagaimana teknik-teknik yang ada di dalam taekwando berfungsi dan dapat digunakan dengan berkesan oleh pelatih-pelatih.

Bermula dengan teknik-teknik regangan hingga kepada teknik-teknik tempur, semuanya diajar dengan disiplin dan komitmen yang tinggi oleh para jurulatih. 

Ujian Prestasi (Grading)

Ujian prestasi merupakan salah satu cara untuk mengetahui sejauh mana pemahaman dan pencapaian setiap pelatih teakwondo. Lazimnya dia dibuat setiap tiga bulan sekali mengikut prestasi para pelatih.

Penentuan kelayakan pelatih untuk mengikuti setiap ujian prestasi lazimnya dibuat oleh ketua jurulatih

Peringkat Tali Pinggang

Dalam Taekwondo ITF, tali pinggang menunjukkan tahap kemahiran seseorang pelajar. Terdapat dua peringkat utama iaitu Colour Belt dan Black Belt. Peringkat Colour Belt bermula dari 10 Kup (putih) hingga 1 Kup (merah berjalur hitam). Setiap warna melambangkan kemajuan pelajar – putih, kuning, hijau, biru dan merah.

Selepas 1 Kup, pelajar layak ke peringkat Black Belt, yang dikenali sebagai Dan, bermula dari 1st Dan hingga 9th Dan. Setiap peringkat Dan menunjukkan tahap kemahiran dan pengalaman yang lebih tinggi. Sistem ini membimbing pelajar dalam proses pembelajaran, disiplin dan peningkatan diri dalam Taekwondo.

Sijil Ujian

Setiap pelatih yang lulus ujian kenaikan gred akan menerima sijil rasmi sebagai bukti pencapaian mereka. Sijil ini mengesahkan bahawa pelatih telah menduduki dan berjaya dalam ujian tersebut mengikut tahap yang ditetapkan.

Untuk Colour Belt (Kup), pelatih akan menerima Sijil Antarabangsa yang dikeluarkan oleh International Taekwon-Do Federation (ITF) HQ Korea.

Bagi Black Belt pula, terdapat dua jenis sijil:

  1. Black Belt Testimoni (Tempatan) yang disahkan oleh badan kebangsaan.

  2. Black Belt Certificate (Antarabangsa) yang dikeluarkan oleh ITF HQ Korea, lengkap dengan nombor pengiktirafan antarabangsa.

Setiap sijil ini membawa makna besar dalam perjalanan seni mempertahankan diri Taekwondo.

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.