Pengenalan
Action Martial Arts Academy League (AMAAL) merupakan sebuah akademi Taekwon-Do ITF yang ditubuhkan demi menyahut saranan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) iaitu mendidik masyarakat cergas cerdas. Usaha ini digembeling untuk menyebarluaskan seni mempertahankan diri Taekwon-Do ITF khususnya ke negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan serta seluruh negeri-negeri di Malaysia amnya. Kami adalah sebuah akademi yang bergabung dengan International Taekwon-Do Federation di Kanada melalui Independent National Organization dan ahli bersekutu kepada Persatuan Taekwon-Do (ITF) Daerah Gombak.